Tuesday 12 November 2013

1MALAYSIA TRANSFORMASI NEGARA

       1MALAYSIA TRANSFORMASI NEGARA
 
   1Malaysia atau ‘Satu Malaysia’ adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik,subetnik dan kebudayaan. Semua aspek mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaanya bukanlah dibuat semalaman tetapi secara evolusi.

   Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpina terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju. Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilangseperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

   Aspek utama ialah saling hormat-menghormati dan bersikap menerima diantara satu sama lain. Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui ‘1Malaysia’. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa yang panjang. Tiada  perbezaan antara bandar, luar Bandar, dan kumpulan etnik sekiranya mereka mempunyai potensi, mereka berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik. Kerajaan menawarkan akses pemula dengan menyediakan datar permainan yang adil tetapi kita sebagai kerajaan tidak berkemampuan memastikan penghasilan yang sama. Prinsip utama yang 1Malaysia adalah keberkesan dan kekitaan dalam satu keluarga besar.

   Kesimpulannya, 1Malaysia memainkan peranan yang sangat penting dalam memajukan negara Malaysa dipersana dunia. Untuk memajukan lagi negara kita, semua masyarakat haruslah bekerjasama antara satu sama lain. Nilai-nilai 1Malaysia sedikit sebanyak telah membantu negara kita untuk terus membangun.



No comments:

Post a Comment