Thursday 21 November 2013

KARYA KREATIF

Aku  dan  Rara
Melihat  keluar  jendela  usang, teringat  kata-kata  guru ku  sebelum  cuti  sekolah  bermula, “ Jangan  leka  akan  ilmu, kelak  besar  binasa  kita”. Aku  semakin  hari  semakin  memikirkan  nasibku  ini. Hatiku  tidak  henti  berdebar,fikiran  ku  tidak  henti  memikirkan  nasib  aku  dan  ibu. Peperiksaan  Sijil  Pelajaran  Malaysia (SPM) hanya  tinggal  beberapa  hari  sahaja lagi. Buku  kelihatan  sebik  sahaja  kerana  tidak  ku  belai.
            Hari semakin  singkat, semakin suntuk. Walaupun  aku  digelar  pelajar  cemerlang  di dalam  kelas, tidak  ku mahu tanpa  mengulang  kaji  untuk peperiksaan  besar  ini, aku  menantikan  kejayaan. Tanpa  usaha, tidak  juga  membuahkan  hasil. Sesal  dahulu  pendapatan, sesal  kemudian  tiada  gunanya. Aku  masih  ingat  pepatah  yang  selalu  ibu  ku  ungkapkan  sekiranya  aku  leka  dalam  mengulangkaji. Ibu  kemana  pergi  dari  pagi  tadi  sampai  ke petang tak pulang-pulang. Barang kali  menuai  padi. Hanya  dengan  duit  tuai  padi  itulah, buat  makan  minum  aku  dan  ibu. Jika  dahulu, ayah  ku  seorang  pemetik  buah  kelapa  sehingga  orang  kampung  menggelar  ayahku  sebagai  Din  Kera. Bukan  kerana  ayah  aku  memiliki  seekor  kera, tetapi  kebolehan  ayah  aku  memanjat  dan  memetik  buah  dengan  tangkas. Namun  begitu, pada  suatu  hari, tika  angina  bertiup  kencang  menanda  hari  mahu  hujan. Ayah  ku  masih  memanjat  pokok  kelapa  pada  ketika  itu. Tiba-tiba, ayah ku  tergelincir  kakinya  daripada  cengkaman  pokok  kelapa itu. Ayahku  jatuh  rebah, kepala  terhantuk  di batu  tunggul  kecil  di depan  rumah. Pada  waktu  itu, aku  masih  sekolah  rendah, dan  masih  kanak-kanak. Ibu  aku  pantas  berlari  menerpa  dan  membaringkan  ayahku  sambil  melilit  kepala  dengan  kain  batik  ibu. Ayahku  tidak  dapat  menahan  kesakitan  yang  di alaminya, darah  membasahi  baju  ibu,aku memegang  bahu  ibu  sambil  melihat  detik-detik  terakhir  ayahku  melafazkan  syahadah. Ayahku  pergi  jua  dengan  meninggalkan  kami  berdua. Amat  sedih  ketika  itu, aku  kehilangan  seorang  wira  yang  menyara  dan  menjaga  kami  berdua. (mengelap air mata).
            Kini, aku  seorang  anak  ayah  yang  meningkat  remaja  dan  bakal  menempuhi  alam  dewasa. Aku  kini  berusia  17tahun  dan  bakal  menamatkan  pengajian  ku  di Sekolah  Menengah  Sultan  Abdul  Jalil  Shah. Aku  bertekad  dengan  diri  sendiri, akan aku  berusaha  bersungguh-sungguh  sehingga  ke menara  gading. Aku  bercita-cita  menjadi  seorang  doktor. Niatku  agar  aku  dapat  berbakti  kepada  ibu  bapa  dan  orang  kampung  yang  telah  banyak  membantu  aku.Biar  sakit-sakitan  dahulu, senang-senang  kemudian. Aku  kini  hanya  menatikan  hari  demi  hari  sahaja  sebagai  seorang  pelajar  sekolah. Selepas  ini  aku  ingin  mencari  kerja  sementara  sebelum  menyambung  pelajaran  lebih  tinggi. Tujuan  aku  bekerja  adalah  ingin  mengurangkan  beban  belanja  ibu  kepada  ku. Sekurang-kurangnya, aku memiliki  duit  saku  sendiri.
            “Aimi…Oh…Aimi, mari sekejap  nak.” Kedengaran  suara  ibu  memanggil  namaku  di luar  beranda. Aku  berpusu  terus  ke  beranda  untuk  melihat  ibu.
“ Ya ibu, ada  apa-apa  Aimi  boleh  tolong  ibu?”. Aku  kelihatan  ibu  membawa  sebuah  bakul  yang  di selumuri  lumpur. Aku  datang  dengan  dekat  lagi  dan  menanyakan  lagi. “ Apa  yang  ibu  bawa  sampai  muka  ibu  penuh  dengan  lecah?”.
Ibu  senyum  dengan  riak  muka  yang  manis. Ibu  duduk  di tangga  sambil  mengibas-ngibas  kain  ke arah  badan  tanda  ibu  letih  kepanasan. Aku  melulu  ke dapur  untuk  mengambil  segelas  air  sejuk  sebagai  pembasah  tekak  ibu. Setelah  aku  memberi  ibu  segelas  air, aku  melihat  di dalam  bekas  yang  berlumuran  lecah  itu. Kelihatan  lima  ekor  ikan  keli. Ibu  tahu  kegemaran  aku  ikan  keli  masak  pedas. Aku  melihat  ibu  lalu  mengucapkan  terima  kasih. Ibu  tidak  pernah  melupakan  masakan  kegemaran  aku  sehingga  dia  melihat  keli  sahaja, dia  akan  berasa  gembira  untuk  memasakkan  aku  masakan  itu.Selepas  itu, aku  mengangkat  bekas  ikan  ke dapur  untuk  disiang.
            “Ibu, sedaplah  ikan  keli  masak  pedas  yang  ibu  masak  tadi, Aimi suka. Hehehe…”.Aku  memuji  masakan  ibu.
“ Terima  kasih  nak, nanti  ibu  masakkan  lagi  ya  sayang.” Ibu  kelihatan  gembira  apabila  melihat  masakan  yang  dimasak  olehnya  habis. Ibu  seorang  yang  tidak  suka  membazir, terutama  dalam  bab  rezeki. Aku  mula  keluar  ke luar  beranda  sambil  membawa  bantal. Aku  lebih  selesa  duduk  di beranda, kerana  angin  bayu yang  bertiup  sayup  membuatkan  aku  terlena. Aku  biasanya  mengulang kaji  pelajaran  setelah  selesai  makan. Aku  mula  mengulang kaji  pelajaran  yang  biasa  akan  aku  tumpukan  seperti  bahasa  Melayu, matematik, pendidikan  Islam, dan  sejarah. Aku  amat  berminat  dengan subjek  tersebut  kerana  segala  yang  aku  pelajari  merangkumi  perjalanan  kehidupan  sebagai  seorang  pelajar  dan  asal  bangsa  aku  sebagai  anak  Melayu  yang  beragama  Islam.
            “Assalamualaikum!!! Aimi! oh… Aimi!”, kedengaran  seperti  suara  Majid  dan  Mahmud. Aku  terlelap  ketika  mengulang kaji  pelajaran  tadi. Ibu  mengejut  aku  bahawa  rakan  aku  datang  dan  berkemungkinan  mengajak  aku  bermain  bola. Aku  meluruterus  ke arah  Majid  dah  Mahmud.
“ Majid. Mahmud. Ada  apa  datang  petang  ni? Ada  permainan  baru  kah?” Majid  menjawab,
 “ Tidaklah, seperti  biasalah, petang  begini  kita  kan  ada  aktiviti  bermain  bola  di  padang  sekolah. Marilah!”
Aku  menggosok  mata  aku  yang  layu. “ Sebentar  ya, aku  mahu  solat  Asar. Kamu  dan  Mahmud  tunggu  sebentar.”.
“ Baiklah. Lekas  sikit  ya  Aimi, aku  tak  sabar  menunjukkan  kebolehan  aku  pada  Mahmud  ni!.” Majid  bergurau  dengan  Mahmud.
            “Hahahahaha… Aimi  kau  tengok  Majid  jatuh  tadi  sewaktu  bermain  bola  tadi, kelakar lah! Itulah, aku sudah  bilang, ada  ubi  ada  batas, ada  hari  boleh  balas. Kan  kau  dah  jatuh  tadi. Suka  sangat  menyakat  aku.” Mahmud  tertawakan  Majid  yang  comot  akibat  jatuh  bermain  bola  di padang  tadi.
Aku  amat  gembira  berada  di samping  mereka. Meraka  adalah  kawan  baik  aku  dari  sekolah  rendah  hingga  sekarang.
“ Majid. Mahmud, kamu  sudah  bersedia  untuk  menghadapi  peperiksaan  besar  ini? Aku  gementar  lah.” “Apa  yang  kau  nak  takutkan, sediakan  segala  kelengkapan  sebelum  tiba  masanya  nanti. Aku  yakin  kau  pasti  boleh lah  Aimi. Kau kan  pelajar  kesayangan  Cikgu  Hasnah”. Majid  mencuit  aku  sambil  dia  menasihati.
Sewaktu  kami  berjalan  untuk  pulang  ke rumah  masing-masing, kelihatan  seekor  anak  kera  yang  hampir  matang  dalam  keadaan  kakinya  cedera. Aku, Majid  dan  Mahmud  segera  mendapatkannya. Anak  kera  itu  kelihatan  takut  pada  mulanya.
 “ Aimi, jangan  sentuh  nanti  dia  gigit  tangan  kau, satu  masalah  lagi  nak bawa  kau  ke  klinik.” Mahmud  menasihati  aku  agar  hati-hati  dengan  anak  kera  itu. Aku  cuba  membelai  dan  akhirnya, anak  kera  itu  seolah-olah  memahami  niat  aku  untuk  membantunya.
“ Wah! Aimi, kau  belai  sahaja, dia  sudah  melekat  dengan  kau,agak-agak  ini  mesti  kera  betina. Kera  ini  nak  mengorat  kau  ni. Hahahaha…” Mahmud  menyakat  aku.
“ Eloklah  aku  bawa  pulang, mana  tahu  aku  boleh  merawat  anak  kera  ini.” Aku  menyatakan  hasrat  aku  untuk  merawat  anak  kera  ini. “ Baiklah. Eh! Hari  sudah  lewat senja  ni, aku  pulang  dahulu  ya  Aimi. Assalamualaikum.”Mahmud  dan  Majid  pulang  ke rumah  mereka.
“Aimi! Aimi! Aimi! Mana  datangnya  anak  kera  ini!” Ibu  terperanjat  melihat  anak  kera  itu  berada  di beranda. Aku  cuba  menenangkan  keadaan  ibu  aku  dengan  menjelaskan  perkara  sebenar.
“ Ya Mak, terkejut Aimi. Begini, sewaktu Aimipulang  bermain  bola, Aimi  dan  kawan  Nampak  anak  kera  ini  kelihatan  tidak  berupaya  untuk  berdiri, jadi Aimi  mengambilnya  dengan  niat  untuk  merawatnya  ibu Aimi  mintak  maaf  tidak  memberitahu  ibu  pada  awalnya.” Ibu  memeluk  aku  dengan  senyuman  kerana  dia  tahu  niat  aku  ingin  selamatkan  anak  kera  ini  daripada  berlaku  lebih  buruk  lagi. Selepas  itu, ibu  menyuruh  aku  mengambil  minyak  gamat  dan  kain  perca  untuk  membalut  luka  di kaki  kera  itu. Setelah  siap, anak  kera  di beri  rehat.
            Sewaktu  aku  dalam  perjalanan  ke sekolah, aku  memikirkan  apa  faedah  dan  kebaikan  aku  memelihara  anak  kera dan  apakah  nama  sesuai  aku  nak  berikan  nama  pada  anak  kera  itu. Anak kera  itu  kelihatan  jinak  dan  mudah  untuk  dijaga. Ibu  pun  menerima  kehadiran  anak  kera  itu.
            Sewaktu  di dalam  kelas, aku  sentiasa  menumpukan  perhatian  sewaktu  guru  sedang  mengajar, kerana  hanya  tinggal  beberapa  hari  sahaja  lagi  untuk  aku  mengulangkaji  dan  seterusnya  menghadapi  peperiksaan Siji  Pelajaran  Malaysia (SPM). Di dalam  fikiran  aku  masih  teringat  pesanan  ayah  aku  supaya  aku  gigih  dalam  mengulangkaji  pelajaran  dan  jangan  sesekali  mengecewakan  ibu. Semakin  aku  mengingati  nasihat  yang  arwah  ayah  aku  sampaikan  semakin  semangat  aku  untuk  mengulangkaji.
            “Ring!!!”Loceng  rehat  sudah  berbunyi, aku  memakan  apa  yang  dibekalkan  oleh  ibu. Kebiasaannya  ibu  akan  membekalkan  aku  makanan  sekiranya  makanan  untuk  sararpan  pagi  ada  lebih. Istimewanya  ibu  aku  kerana  dia  tidak  suka  membazir  rezeki. Majid  dan  Mahmud  sudah  masak  dengan  perangai  aku  apabila  tibanya  waktu  rehat. Di samping  itu, aku  boleh  berjimat  dalam  belanja. Duit  saku  akan  aku  simpan  dalam  tabung  buluh  sebagai  wang  simpanan  untuk  aku  gunakan  untuk  sambung  pelajaran  nanti.
            Ketika  dalam  perjalanan  ke rumah, aku, Majid  dan  Mahmud  akan  pulang  bersama-sama. Di samping  itu, kami  akan  berborak  kosong  sementara  sampai  ke rumah. Setelah  sampai  ke rumah, aku  kelihatan  anak  kera  itu  bergayut  di pokok  jambu  tepi  telaga  rumah. Kelihatan  anak  kera  itu  semakin  sihat. Aku  amat  tertarik  melihat  gelagat  anak  kera  itu. Aku  cuba  memanggilnya. Anak  kera  itu  seolah-olah  mengetahui  aku  memanggilnya. Begitu  manja  dan  suka  apabila  aku  membelai  kepalanya.
            “Apa  aku  nak  beri  nama  pada  kau  ni  ya? Gelagat  kau  membuatkan  aku  tertarik.” Aku  memikirkan  nama  yang  sesuai  untuk  diberikan. Akhirnya  aku  memberikan  nama  dengan   memanggilnya  Rara.
            “Rara… Rara…mari  sini.” Nampak  kelihatan  dia  suka  dengan  panggilan  nama  Rara  itu. Dia  dekati  aku. Aku  membuka  plastik  yang  berisi  pisang  yang  aku  beli  ketika  dalam  perjalanan  untuk  pulang  ke rumah. Rara  kelihatan  suka. Sementara  itu, aku  meninggalkannya  untuk  menukar  pakaian  dan  makan  tengah  hari  bersama  ibu.
            “Ibu, nanti  kalau  ibu  ada  pisang  lebih  sedikit, ibu  bawak  dan  simpankan  sikit  untuk  Rara  tu, bolehkan ibu?”. Aku  meminta  ibu  menyimpankan  sedikit pisang  sekiranya  ibu  ada  masa  ke kebun  pisang.
            “Baiklah  Aimi. Rara  ya  nama  dia? Amboi, manis  namanya, dah  macam  nama  anak  dara  dah. Hehehehe…” Ibu  bergurau  setelah  tahu  nama  anak  kera  itu  Rara. Aku  sentiasa  dicuit  hati  oleh  ibu. Aku  merupakan  tempat  ibu  bermanja. Aku  syukur  kerana  mempunyai  ibu  yang  penyayang  seperti  ibu.
            Aku  membina  bangsal  kecik  untuk  Rara  berteduh  dan  bermain. Bangsal  itu  dekat  dengan  pokok  jambu  yang  selalu  Rara  main. Di samping  itu, aku  memastikan  Rara  selamat  dari  cuaca, kerana  musim  sekarang  hujan  tidak  menentu. Aku  juga  membina  pangkin  kayu  sebagai  tempat  untuk  aku  rehat. Di samping  rehat  boleh  juga  aku  mengulangkaji  bersama  Rara.
            Aku  pernah  juga  terlintas  untuk  mencari  duit  tepi, sekurang-kurangnya  boleh  aku  mengurangkan  beban  ibu. Aku  tidak  pasti  sama  ada  aku  boleh  menggantikan  tempat  ayah  aku  sebagai  pemetik  kelapa. Aku  memikir  sentiasa.
            “ Rara, Rara  tengok  pokok  kelapa  itu, cuba  Rara  petik  buah  warna  hijau  tua.” Aku  cuba  berkomunikasi  dengan  Rara  supaya  dia  dapat  tangkap  apa  yang  aku  katakana, di samping  memberi  dia  contoh  buah  yang  mesti  dia  petik. Aku  membawa  Rara  ke pokok  kelapa  di hadapan  rumah. Rara  seperti  memahami  apa  yang  aku  katakana, dia  seolah-olah  tidak  sabar  untuk  memetik buah. Tiba-tiba, dengan  pantas  Rara  memanjat  pokok  kelapa  itu. Cubaan  pertama  dia  gayat. Seterusnya, aku  memberi  nasihat  supaya  jangan  takut, akhirnya  dengan  pantas  Rara  memanjat  dan  mendapatkan  buah  yang  aku  suruh petik  itu. Rara  meluruhkan  buah  itu. Aku  berasa  bahawa, aku  dan  Rara  boleh  menggantikan  tempat  ayah  selepas  ini. Aku  gembira  melihat  Rara  boleh  memetik  buah  dengan  tepat.
            Peperiksaan  awam  Sijil  Pelajaran  Malaysia  telah  tiba, aku  berasa  gementar  walaupun  telah  banyak  melakukan  ulang kaji  pelajaran. Majid  dan  Mahmud  begitu  juga. Mereka  kelihatan  gementar. Ibu  memberi  nasihat  kepada  aku  sebelum  aku  melangkah  keluar  rumah  tadi, ibu  berpesan, jika  gementar  baca  selawat  ke atas  nabi  dan  surah al- Insyirah. Pesanan  tulah  menjadi  penguat  aku  untuk  berusaha  dengan  tekun  ketika  aku  menghadapai  peperiksaan. Hari  demi  hari, akhirnya peperiksaan  Sijil  Pelajaran  Malaysia  telah  pun  tamat, dami  aku, Majid  dan  juga  Mahmud  bergembira  kerana  telah  tamat  peperiksaan.
            Cuti  sekolah  telah pun  bermula, aku  dan  Rara  selalu  meluangkan  masa  bermain  di halaman  pangkin. Ada  kalanya  aku  membawanya  menaiki  basikal  tua  pusing  keliling  kampong. Rara  seolah-olah  sudah  menjadi  sebahagian  hidup  aku. Rara  juga  peneman  aku  tika  aku  resah  dan  gelisah  memikirkan  sesuatu  masalah  peribadi. Rara  walaupun  binatang, dia  mampu  mengembirakan  aku  dengan teletahnya  yang  jinak, lucu  dan  tangkas. Aku  ada  kalanya  malu  kerana  ibu  bertungkus  pulas  mencari  rezeki  untuk  aku, aku  terniat  juga  ingin  membantu  ibu  dengan  bekerja  sendiri. Sekurang-kurangnya  dapat  menampung  perbelanjaan  kami  sekeluarga. Aku  ingin  menjadi  seorang  anak  yang  boleh  berjasa  kepada  keluarga, walaupun  hanya  dengan  usaha  kerja  biasa-biasa  sahaja. Aku  tidak  mahu  melihat  ibu  aku  kepenatan  dan  sakit  dengan  bebanan  kerja, kerana  usia  semakin  meningkat, kudrat  semakin  berkurang. Aku  sentiasa  berdoa  supaya  ibu  sihat.
            “ Aimi! Tolong  ibu  aimi, tolong!” Aku  terdengar  jeritan  ibu  dari  depan  jalan  rumah, ibu  mengurut  dadanya  seolah-olah  sakit  di bahagian  dada. Aku  tangkas  berlari  mendapatkan  ibu, lalu  aku  memapah  ibu, dan  rehatkan  ibu  di pangkin  yang  aku  buat  itu. Muka  ibu  pucat. Hati  aku  mulai bimbang, aku  meminta  ibu  duduk  di pangkin  itu, sementara  aku  pergi  ke rumah  Pak  Mat, ayah  kepada  Mahmud. Aku  menasihati  ibu  sambil  memberikan  air  masak  supaya  tekak  ibu  tidak  kering. Kemungkinan  cucaca  panas  terik  menyebabkan  ibu  kepenatan  dan  kurang  sihat.
            “Assalamualaikum, Pak  Mat! Pak Mat!” Aku  memanggil  Pak  Mat  untuk  meminta  bantuan.
            “ Waalaikumussalam, eh, Aimi. Ada  apa  Aimi? Kenapa  Nampak  cemas  sahaja  ni? Cuba  bawak  mengucap, duduk  dahulu  Aimi.” Pak  Mat  cuba  menenangkan  keadaan  aku  yang  cemas. Aku  berterus  terang  bahawa  ibu  dalam  keadaan  tidak  sihat  dan  ingin  meminta  tolong  Pak  Mat  bawakan  ibu  ke klinik.
            “ Sekejap  ya  Aimi, Pak  Mat  siap. Pak  Mat  nak  bagitahu  pada  Makcik  Mah  yang  Pak  Mat  nak  hantar  ibu  kamu  ke klinik.” Aku  menunggu  di bawah  rumah, sementara  Pak  Mat  ingin  memberitahu  ke mana  tujuan  dengan  aku  sebenar.
            Setelah  sampai, ibu  menyandar  duduk  menyandar  dan  ibu  seolah-olah   tidak  larat  untuk  bergerak. Aku  dukung  tanpa  mengira  apa  dan  memasukkan  ibu  ke dalam  kereta  Pak  Mat.
            “Ibu!Ibu  tak  apa-apa kah Ibu?” Aku  teramat  risau  dengan  keadaan  ibu  aku  setelah  berada  di katil  pesakit  untuk  pemeriksaan.Aku  melihat  ibu  dimasukkan  air  oleh  doktor  ke dalam  badan.
            “Doktor, bagaimana  keadaan  ibu  saya?”
            “Ibu  saya  boleh  pulang  ke  doktor?”
            Beribu  persoalan  bermain  di dalam  fikiran  aku  kerana  kelihatan  pucat  lesu  muka  dan  bibir  ibu. Aku  risau  dengan  keadaan  ibu. Hanya  Ibu  sahaja  harta  yang  aku  ada. Pak  Mat  cuba  menenangkan  aku  dengan  menyuruh  aku  istigfar  dan  berdoa. Aku  ketakutan. Pak  Mat  membawa  aku  duduk  di kerusi  yang  telah  di sediakan. Selepas  itu, doktor  memanggil  Pak  Mat  dan  aku.
            “ Keadaan  Ibu  adik  tiada  apa-apa, Cuma  perlukan  rehat  yang  secukupnya  dan  kurangkan  melakukan  kerja  berat. Adik  ambil  resit  ubat  ini, kemudian  bagi  kepada  sister  untuk  ambil  ubat  di kaunter”. Doktor  cuba  memberitahu  keadaan  ibu  aku  dan  beliau  cuba  meyakinkan  aku  bahawa  keadaan  ibu  kian  masih  tidak  berada  dalam  keadaan  krtikal. Aku  begitu  tenang  apabila  keadaan  Ibu  tidak  seteruk  aku  fikirkan. Aku  ini  kuat  bermain  dengan  fikiran.
            Beberapa  hari  kemudian, keadaan  Ibu  kian  sembuh  dan  ibu  hanya  rehat  di rumah  dan  jarang  ke kebun  selepas  peristiwa  itu. Aku  pula  terbaring  di pangkin  dengan  melihat  gelagat  Rara  memanjat  pokok. Aku  memikirkan  di mana  aku  mahu  cari  duit  untuk  menampung  serba  sedikit  perbelanjaan  rumah. Aku  masih  ingat  kata-kata  Mahmud,
“ Apa  kata  kau  jadikan  Rara  sebagai  haiwan  untuk  di jadikan  sumber  pendapatan  kau, sekurang-kurangnya  ada  juga  kerja  kau  sebelum  menunggu  keputusan  keluar.” Aku  cuba  mengambil  keputusan  dengan  apa  yang  telah  Mahmud  katakana  pada  aku  dahulu.
Keesokkannya, aku  membawa  Rara  memanjat  pokok  kelapa  di  hadapan  rumah  dan  mengajar  dia  untuk  memilih  buah  dengan  betul. Akhirnya, aku  dapat  lihat, Rara  seekor  kera  yang  bijak  dan  mudah  menangkap  apa  yang  aku  cuba  sapaikan  walaupun  kami  berbeza  darjat  dan  kejadian. Tiba- tiba, ada  seorang  pak cik  Samad  menanyakan  aku  bahawa  aku  jual  atau  tidak  buah  kelapa  yang  sudah  di petik  itu. Sambil  itu, aku  berfikir  sejenak  sebelum  membuat  keputussan  untuk  berniaga  dalam  menjual  kelapa.
“Saya  jual  kelapa  ini  pak  cik  Samad. Satu  biji  60 sen. Pak  cik  Samad  mahukah?”. Aku  cuba  bertanyakan  dan  memberitahu  harga  sebiji  buah  kelapa.
“ Bolehlah, murah  juga  kamu  jual  nak. Di pekan  tadi, pak  cik  pergi  kedai  Ah  Soon  Kelapa, dia  jual  satu  biji  RM 1.50. Pak  cik  tak  jadi  lah  beli. Tengok  kamu  pula  jual, murah  pula  tu. Bagilah  pak cik  2 biji  sahaja. Pak cik  nak  masak  kari  ayam.. Hahahaha…”

Pak  cik  Samad  membayar  kepada  ku  dan  membawa  buah  kelapa  yang  aku  jual  pulang  ke rumah. Di samping  itu, aku  upahkan  Rara  minum  air  kelapa  muda. Kelihatan  Rara  kepenatan. Aku  mengutip  buah  yang  dipetik  oleh  Rara  itu.
Begitulah  rutin  aku  seharian  di rumah. Menjual  kelapa  adalah  perniagaan  aku,  di samping  menampung  duit  perbelanjaan  aku  dan  Ibu. Hasil  jualan  amat  menggalakan  dan  ada  kalanya  aku  di upah  untuk  memetik  buah  kelapa  di  rumah  orang-orang  kampong. Aku  bersyukur  ka hadrat  Illahi  di murahkan  rezeki. Rara  pula  kelihatan  biasa  dan  mesra  dengan  pelanggan  aku. Aku  tidak  akan  biarkan  Rara  kepenatan  dan  merasa  bosan. Kelihatan  ibu  sudah  sembuh  dan  sihat. Ibu  akan  ke kebun  seminggu  tiga  kali.
“ Aimi, mari  naik  nak, ibu  ada  masak  lauk  ikan  keli  kesukaan  kamu.” Ibu  memanggil  aku, sementara  aku  sedang  memberi  Rara  makan.
“Sebentar  ya  Ibu, Aimi  sedang  beri  Rara  makan.” Aku  kemas-kemas  sedikit  pangkin  dan  sabut-sabut  kelapa  aku  buang.
Ketika  menjamah  selera, ibu  menegur  aku  kerana  ibu  begitu  gembira  melihat  aku  berhempas  pulas  kerja  untuk  menampung  perbelanjaan  keluarga  juga. Ibu  juga  ada  meluahkan  perasaan  terharu  dia  kepada  ku  dengan  pekerjaan  aku.
“ Aimi, kamu  adalah  anak  kesayangan  Ibu, dan  kamu  sahaja  harta  yang  Ibu  ada. Ibu  harap, peristiwa  hitam  yang  menimpa  terhadap  arwah  ayah  tidak  terjadi  lagi. Di sebabkan  pekerjaan  memetik  kelapa, ayah  kau  menemui  Illahi, Aimi. Satu  lagi, bila  kamu  dah  masuk  universiti  nanti  jangan  lupa  akan  diri  ya  nak, ibu  sentiasa  mendoakan  kesejahteraan  anak  Ibu  seorang  ini.” Sambil  ibu  mengelap  air  mata  yang  mengalir.
Aku  tersentuh  apabila  mengenangkan  peristiwa  yang  berlaku  kepada  arwah. Insha Allah, tiada  apa  yang  akan  berlaku  dan  aku  cuba  menenangkan  ibu. Aku  cuba  membuat  ibu  senyum.Aku  tidak  akan  selesa  apabila  melihat  Ibu  kesedihan. Aku  akan  cuba  tenangkan  Ibu. Ibu  seorang  yang  hati  lembut. Mudah  terasa, terutama  mengenangkan  peristiwa  silam.

Pada  petang  itu, Majid  datang  ke rumah  aku, tatkala  aku  sibuk  dengan  pekerjaan  aku  memetik  kelapa. Rara  turun  dari  pokok  lalu  cuba  memanjat  atas  bahu  Majid. Rara  sudah  biasa  dengan  kawan-kawan  aku  terutama  Mahmud  dan  Majid.
“ Aimi, mak  aku  nak buat  santan, jadi  dia  meminta  aku  belikan  kelapa  daripada  kau. Ada  tak  kelapa  yang  tua-tua  muda  begitu  lah. Ibu  aku  nak  masak  apa  tidak  pula  ku tahu.”
“ Kau  tu  apa  yang  tahu, makan  kau  lah  nombor  satu. Hahahaha…” Aku  cuba  bergurau  dengan  Majid, di saping  aku  sedang  membelek  kelapa  tua  yang  Majid  mahukan. Rara  pula  bermain  dengan  Majid. Kelapa-kelapa  yang  sudah  dipetik  akan  aku  simpan di dalam  bakul  besar.
“Pin!!!”  Bunyi  hon  kereta  deras  menempik  di telinga  aku.
“ Aimi! Rara  kau  kena  langgar  dengan  kereta! Lekaslah!”
Aku  tersentak  hati  mendengar  apa  yang  Majid  katakana, sedangkan  aku  baru  sahaja  biarkan  Rara  bermain  dengan  Majid. Aku  meninggalkan  bakul  berisi  kelapa  itu, tanpa  memakai  selipar, aku  berambat  lari  mendapatkan  Rara.
“ Ya Allah!!! Rara  aku!” Kelihatan  berlumuran  darah  tubuh  Rara. Tanpa  mengira  kotor, aku  memegang  Rara  dan  letak  di pangkuan  peha.
“ Adik, abang  minta  maaf, abang  tidak  perasan  tadi  sewaktu  abang  memandu. Abang  tidak  tahu  ada  seekor  kera  melintas. Abang  minta  maaf  sangat  adik.” Abang  Man  cuba  menenangkan  aku  dengan  menyatakan  serba  salah  dia  pada  aku.
“ Rara! Jangan  tinggalkan  aku  Rara, aku  masih  memerlukan  kau  Rara! Jangan  tinggalkan  aku! Ya  Allah! Mengapa  kau  ambil  Rara! Ya  Allah…” Aku  tidak  dapat  menahan  hiba  pahit  hati  ini  kerana  pemergian  Rara.
“ Aimi, bawa-bawalah  bersabar, istigfar  Aimi. Sabar, ini  semua  takdir  Aimi.” Majid  cuba  tenangkan  hatiku  yang  sedang  meratap  tangis.

Ibu  cuba  mendapat  aku. Lalu  ibu  mendakap  aku  dengan  mengusap  aku. Ibu  turut  cuba  menenangkan  aku. Tatkala  berlinangan  air  mata  membasahi  baju  dan  hingus  mengalir  tak terfikir  tika  itu. Hanya  aku  fikirkan  pemergian  Rara  merupakan  pemergian  yang  begitu  sedih. Aku  memeluk  erat  ibu, darah  membasahi  baju  kerana  memegang  bangkai  Rara  itu.
“ Shuhhh… Ibu  ada  anak. Ibu  akan  temani  Aimi. Yang  sudah  tu  sudah  sayang, Allah  lebih  sayangkan  Rara. Sudah  lah  Aimi, Ibu  tidak  mahu  melihat  anak  Ibu  bersedih  begini. Biarlah  Rara  pergi  dengan  selamat. Sudah, sudah.Ibu  akan  temani  Aimi. Mari  kita  angkat  bangkai  Rara  ini, dan  tanam  ya  nak. Kita  doakan  semoga  Rara  juga  gembira  di sana.” Ibu  cuba  mengambil  hati   aku.
Abang  Man  meminta  maaf  kepada  ibu  akibat  daripada  sikap  cuai  dia. Walau  bagaimanapun, ibu  memaafkan  dan  ibu  juga  tidak  mahu  membesarkan  keadaan. Ibu  terima  apa  yang  berlaku. Abang  Man  mengalihkan  kenderaan  tersebut  dan  pergi  mendapatkan  aku  untuk  menanamkan  bangkai  Rara. Abang  Man  juga  mendakap  bahu  aku  dan  cuba  menenangkan  aku  dengan  meminta  maaf  dan  memujuk  aku  supaya  bersabar. Aku  cuba  mematangkan  diri  dan  memaafkan  abang  Man.
Setelah  beberapa  hari  berlalu  tanpa  tempikan  dan  jeritan  manja  Rara, terasa  kekosongan  merasai  di  lubuk  jiwa  aku. Aku  terbaring  dan  memikirkan  adakah  aku  mahu  meneruskan  aktiviti  memetik  kelapa  atau  tidak. Aku  amat  merindui  Rara. Majid  dan  Mahmud  sudah  jarang  ke rumah  aku  untuk  membeli  kelapa  terutamanya.  Kini  hanya  bertemankan  pohon  jambu  yang  sering  dipanjat  oleh  Rara  dan  kicipan  burung.
“ Aimi, masuk  ke dalam  rumah  nak, hari  sudah  mahu  senja. Ibu  ada  memasak  maskan  kegemaran  kamu, hasil  ikan  keli  tangkapan  ibu  petang  tadi  bersama  isteri  pak  Mat. Mari  nak.” Ibu  memanggil  aku  untuk  masuk  ke dalam  rumah. Aku  membasuh  kaki  menggunakan  gayung  di dalam  tempayan  itu.

“ Rara, kenangan  kau  dan  aku  takkan  aku  lupakan. Kaulah  haiwan  paling  manja  yang  menyinari  seribu  kenangan  dan  memori  aku.” Aku  masih  mengharapkan  pengganti  seperti  Rara  akan  temui  satu  hari  nanti. Aku  mengharapkan  satu  keajaiban  akan  berlaku.

No comments:

Post a Comment