Tuesday 12 November 2013

KERJAYA SELEPAS TAMAT PENGAJIAN

                           KERJAYA SELEPAS TAMAT PENGAJIAN

Kerjaya yang saya pilih selepas tamat pengajian adalah sebagai seorang cikgu. Kerjaya ini telah lama menjadi minat saya malah semasa saya kecil lagi. Cita-cita saya memang ingin menjadi seorang yang dapat memberi dan berkongsi ilmu dengan orang lain, membantu mencurahkan ilmu dan bersiap sedia untuk berkhidmat kepada anak-anak dan masyarakat.


Salah satu kemahiran yang ada dalam diri saya untuk menjadi seorang tenaga pengajar adalah saya sangat suka berkomunikasi dan suka berkongsi ilmu dengan orang lain. Sememangnya, sikap saling bantu membantu dan tolong menolong dalam pembelajaran merupakan salah satu sifat yang sangat mulia. Boleh menjadikan media sebagai alat alternative untuk mengajar. Mengajar bukan dalam bentuk yang agresif.

No comments:

Post a Comment