Tuesday 12 November 2013

TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA PENCETUS KEMAJUAN

TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA PENCETUS         
                                                  KEMAJUAN

    Transformasi sistem pendidikan yang sedang diusahakan Kementerian Pelajaran menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia terus maju seiring dengan dasar transformasi negara.
 
    Menurut Perdana Menteri, perkara ini perlu diberi perhatian memandangkan kerajaan kita mengatur langkah membangunkan negara dibawah Model Baru Ekonomi, Program Transformasi Ekonomi dan Transformasi Kerajaan.
 
    Dalam usaha untuk memenuhi inspirasi yang tinggi dalam persekitaran global yang semakin kompetitif , kita tidak boleh hanya berdiam diri. Negara memerlukan transformasi dalam keseluruhan sistem pendidikan dan perlu meningkatkan pencapaian semua pelajar.
 
   Perubahan yang dimaksudkan bukan hanya sekadar menambah bilangan kakitangan serta kemudahan, tetapi sekarang kita perlu memahami dan meningkatkan dinamik proses pengajaran dan pembelajaran.
  

  Transformasi Pendidikan Negara yang antara lain bertujuan menghasilkan satu sistem pendidikan negara yang berteraskan lima ciri aspirasi utama iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.
 
    Pendidikan bukan hanya satu elemen yang sangat penting dalam pembangunan peribadi seseorang, malah ia merupakan penyumbang utama kepada pembangunan modal sosial dan ekonomi sesebuah negara.

   Selain itu, ia dapat menggalakkan kreativiti dan memupuk inovasi, menyediakan para belia dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran dan merupakan pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara. Sasaran lain, dapat membina satu sistem pendidikan yang mendidik anak bangsamenghargai identiti unik negara sebagai rakyat Malaysia.
 
    Transformasi sistem pendidikan bukan satu usaha yang mudah dan kemungkinan besar kita akan menghadapi beberapa cabaran. Namun, yakinlah bahawa bukan sahaja kerajaan dan Kementerian Pelajaran yang komited untuk mencapai matlamat ini, malah saya juga secara peribadi memegang teguh komitmen ini.
 
  Daripada ibu bapa kepada masyarakat tempatan dan sektor swasta, kita semua mempunyai peranan dan kepentingan peribadi dalam memastikan sistem pendidikan negara kita diperbaiki.


No comments:

Post a Comment